Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Peranan Sebagai Guru Pemangkin Kepada Peradaban Bangsa

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 3 Mac (Malaysiaaktif) — Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menghadiri Majlis bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) bagi parlimen Kuala Selangor.

Dalam ucapannya beliau berkata, jumlah kes disiplin melibatkan pelajar menunjukkan peratusan yang meningkat. Sehubungan itu beliau menggesa supaya guru dapat diberi keselesaan untuk berkhidmat dan meningkatkan tahap profesionalisme melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP ) bagi menghadapi cabaran pelajar abad ke-21.

Beliau juga berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) 2015-2025 antara lain membantu para guru supaya dapat berkhidmat di tempat yang selesa.

Menurutnya lagi, terdapat seramai 430,000 orang guru di Malaysia dan 40 peratus terdiri daripada guru muda di bawah umur 40 tahun.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka bertindak sebagai pemangkin kepada peradaban bangsa yang baik.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

 

Tinggalkan komen anda