Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Pasangan Kembar Mendapat 9A Dalam SPM 2015

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Md Ali Hanafiah Hassan (Jempol)

JEMPOL, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Pasangan kembar dari Sekoloh Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (SMKBBS) tidak menyangka usaha mereka yang sering mengulangkaji bersama berbaloi apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.

Ain Zuhairah Zulkifli serta kembarnya Ain Zulaikha kini boleh berbangga apabila memperolehi 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menjelaskan cara pembelajaran mereka, Ain Zulaikha berkata, dia bersama adiknya membuat ulangkaji secara konsisten bermula pukul 8 sehingga 12 malam.

 

jempol 1

 

“Kami tahu masa depan kami terletak pada keputusan SPM dan ia merupakan pembuka laluan sebelum ke menara gading.

“Oleh itu kami sentiasa memberikan fokus dalam pelajaran dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke menara gading,” katanya ketika ditemui semasa mengambil slip keputusan SPM di dewan SMKBBS disini hari ini.

Pasangan tersebut merupakan anak kepada pembantu kesihatan, Zulkifli Mohammad, 48 serta Pembantu Tadbir Pejabat Daerah Jempol, Normazlah Ibrahim, 43.

Ain Zuhairah dan Ain Zulaikha memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mensasarkan keputusan terbaik untuk SPM.

“Kami tidak mengambil kelas tambahan diluar dan hanya memberikan fokus terhadap kelas tambahan anjuran sekolah,” kata mereka.

Keputusan disampaikan oleh Pengerusi Jawatan­kuasa Bertindak Pendidikan dan Ke­sihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri, Rusni Ab. Jalil.

 

Tinggalkan komen anda