
Laporan/Foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 22 Feb (Malaysiaaktif) β Restoran D’Santai Mesra Asam Pedas Telur Mayong menyahut saranan kerajaan untuk menyediakan makanan Menu Rahmah kepada pengunjung.
Menurut pengusaha restoran ini, Muhammad Najib Abd Wahab, 35, beliau baru dua minggu menyertai program Menu Rahmah ini dan berniat mahu membantu masyarakat yang berpendapatan rendah.
βMenu yang disajikan untuk Menu Rahmah adalah ayam atau ikan, sayur serta nasi dan terdapat juga menu yang lain,β ujarnya.
Menurut seorang pelanggan Isa Ariffin, 41, pertama kali mencuba menu rahmah di sini dan sangat berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan dengan hidangan yang banyak dan enak serta layanan begitu mesra kepada pengunjung.
-ZS-