
Laporan / Foto : Anuar Che Amat (Kangar)
KANGAR, 4 Mac (Malaysiaaktif) — Guru di sekolah tahfiz Padang Siding, Pauh, Perlis Mohd Mawardi Bin Jamaludin, telah di nobatkan sebagai Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2016 bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis malam tadi.
Beliau memperolehi 89.5 markah keseluruhan menewaskan 3 lagi peserta kategori qari dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00 ringgit, Piala Iringan, Sijil serta Pakej mengerjakan umrah berjumlah RM5,000.
Naib Johan di sandang oleh Muhammad Anas Bin Abdul Hadi dengan markah 87.0 ,beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 4,000.00,hadiah iringan dan sijil penyertaan, Tempat ketiga pula dimenangi oleh Khalil Khusairi Bin Zainol dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,00.00 hadiah iringan serta sijil penyertaan
Peserta ketiga pada malam itu , Ismail Bin Romli pula menerima RM1,000.00 dan sijil penyertaan selaku pemenang di tempat ke empat bahagian qari yang menyaksikan seramai 4 qari dan 4 qariah memperdengarkan bacaaan suci ayat Al-Quran di hadapan seribu orang yang hadir pada malam tersebut.
Bagi Kategori Qariah pula, Johan telah di sandang oleh Norsyafirah Binti Jusoh dengan mengumpul sebanyak 85.0 markah, Pelajar jurusan Master Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia(UUM) Sintok, Kedah ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan.
Beliau juga turut menerima pakej mengerjakan umrah berjumlah RM5,000.00 selaku johan kategori qariah. Sarina Binti Che Yahya pula di pilih selaku pemenang di tempat kedua dengan markah 83.0 peratus ,beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000.00,hadiah iringan serta sijil penyertaan
Siti Aishah Binti Md Arif, peserta kedua pada malam itu menerima RM 3,000.00 , hadiah iringan serta sijil penyertaan selaku pemenang di tempat ketiga dengan mengumpul 79.0 peratus markah .Manakala Puan Aishah Binti Ismail pula menerima wang tunai RM,1,000.00 dan sijil penyertaan selaku pemenang di tempat ke empat.
Majlis Penyampaian Hadiah bagi kategori Qari di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis , Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Pemenang Kategori Qariah pula di sampaikan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Johan Qari dan Qariah Tilawah A-Quran malam tadi akan mewakili Negeri Perlis di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016 akan di adakan di Putrajaya pada 21-26 Mac 2016.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri,Exco Agama Islam Negeri Perlis, Mufti Kerajaan Negeri Perlis serta barisan pegawai kerajaan negeri dan persekutuan negeri Perlis turut hadir di majlis tersebut.





