
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)
SIK, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Ibu bapa mula sibuk membuat persiapan kelengkapan persekolahan anak masing-masing yang akan kembali ke sesi baru persekolahan 2023/2034 pada 19 Mac depan.
Tinjauan mendapati, ibu bapa mengambil langkah awal membeli kelengkapan sekolah agar tidak kelam kabut berikutan cuti yang singkat.
Suri rumah, Latifah Mat Sah, 40, berkata, dia membuat persiapan untuk dua orang anaknya yang berumur sembilan dan 13 tahun dengan membelikan dua pasang pakaian setiap seorang.
“Persedian awal dapat membuatkan anak-anak lebih bersedia dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan akan datang,” ujarnya yang menetap di Kg Surau, Belantik.
Dalam pada itu, Latipah turut bersyukur kerana telah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.
“Pemberian BAP ini dapat meringankan beban untuk membeli buku, peralatan serta pakaian sekolah,” ujarnya lagi.
-ZS-