Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

MASKOP Rapat Hubungan IKMa dan Masyarakat

By 28 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Program turun padang ke arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023 anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak bertujuan merapatkan hubungan antara IKMa dan masyarakat.

“Program MASKOP ini bertujuan merapatkan lagi hubungan IKMa dengan semua pelanggan yang ada di samping dapat berbincang secara bersemuka tentang isu serta permasalahan dari akar umbi dalam gerakan koperasi yang mungkin akan digunakan oleh pihak kami sebagai panduan untuk penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan,” kata Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor semasa majlis perasmian di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdahulu Program Keusahawanan dan Kebolehpasaran Protégé (KUSKOP) dilaksanakan bagi tujuan memberi informasi tentang perniagaan serta peluang mengikuti pelbagai latihan keusahawanan kepada masyarakat dalam menjayakan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom).

-ZS-

Tinggalkan komen anda