Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pengurusan Masjid dan Surau Diingatkan Elak Perpecahan

By 1 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj Abd Samad

TANGKAK, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli-ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau diingatkan agar tidak mencampuradukkan antara hal politik dan agama di tempat ibadah kerana ianya bakal membawa perpecahan dan bercanggah dengan Islam.

“Ahli-ahli jawatankuasa wajar lebih harmoni untuk mengajak orang ramai ke tempat ibadah khususnya dalam menarik perhatian orang-orang muda mengunjungi masjid ketika ini.

“Jika ada sebarang perselisihan faham antara ahli-ahli kariah, maka berbincang secara berhemah tanpa perlu bermasam muka”.

Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamad Shah berkata demikian ketika berucap di hadapan 400 orang AJK masjid dan surau dalam Program Pengurusan Kariah Masjid dan Surau Daerah Tangkak tahun 2023 hingga 2025 di Dewan Jubli Intan, di sini pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan watikah kepada Imam Masjid Relau Asahan Haji Mohd Said Idris sebagai simbolik program.

Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Johor Mohd Adham Khodari selaku penceramah turut mengingatkan AJK masjid atau surau bahawa mereka adalah mata dan telinga dalam menyebarkan syiar Islam.

“Tidak akan berlaku kiamat melainkan ada ahli-ahli masjid yang berbangga dengan seni bina masjidnya tetapi tidak ikhlas dengan ibadahnya,” katanya.

Turut hadir Pegawai Kadi Daerah Tangkak As Syeikh Kairuddin Salimin dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda