Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pasar Jeli Sumber Pendapatan Petani Tempatan

By 1 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Faizul Nik Rahmat (Jeli)

JELI, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Pelbagai jenis hasil tanaman penduduk tempatan seperti labu, bendi, petola dan lain-lain sayur-sayuran amat mudah didapati di Pasar Jeli, di sini.

Pasar yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat sekitar Jeli beroperasi pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu itu kebanyakkannya menjual hasil tanaman petani tempatan.

Menurut peniaga Siti Zahrah, 74, beliau menjual hasil tanaman sendiri sebagai sumber pendapatan keluarga.

“Aktiviti bercucuk tanam telah sebati dengan kami. Rezeki hasil bercucuk tanam saya dan suami ini dapat menyara kami sekeluarga.

Bagi Mok Yah, 80, hasil tanamannya seperti sayur-sayuran dan ulam-ulaman amat laris dijual kerana kebanyakkan penduduk di situ sukakan ulam-ulaman yang mempunyai banyak khasiat seperti membuat wajah kelihatan awet muda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda