Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SABERKAS Prihatin Khas Santuni Komuniti PDK Daerah Pakan

By 1 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Boniface Watt Su/Abg Haffali Abg Mohd Nor (Sarawak)

PAKAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), di sini semalam telah memberi sumbangan barang-barang keperluan asas kepada Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang bertempat di ruang anjung PDK tersebut.

“SABERKAS komited dengan perlaksanaan program yang melibatkan komuniti setempat terutamanya ahli-ahli yang telah berdaftar dengan pertubuhan ini.

“Tahun ini SABERKAS telah merancang sebanyak 727 buah program yang memberi fokus kepada tiga kluster utama termasuk pendidikan dan ekonomi keusahawanan,” kata Setiausaha Politik di Jabatan Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf.

Terdahulu seramai 80 orang ahli PDK hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan SABERKAS Prihatin Khas sempena sambutan Jubli Emas SABERKAS 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda