Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MAQIS Pahang Rampas Hasilan Pertanian Tanpa Permit

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Ihsan MAQIS

KUANTAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pahang berjaya mematahkan cubaan membawa masuk secara haram hasilan pertanian ke negara ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MAQIS Negeri Pahang sebanyak 25 kilogram bijirin jagung yang disembunyikan dalam beg pakaian seorang penumpang kapal terbang dari Myanmar telah dijumpai semasa operasi pemeriksaan harian di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), di sini pada Selasa.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasilan pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujar jurucakap MAQIS Negeri Pahang.

MAQIS Pahang dalam kenyataan medianya turut menasihatkan agar semua penumpang kapal terbang dari negara luar yang ingin membawa masuk produk-produk pertanian ke negara ini perlulah sentiasa mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda