Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Penerapan Nilai Murni Pengaruhi Mutu Perkhidmatan Organisasi – Dr. William

By 2 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidi Jamin

KOTA KINABALU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran seminar ke arah kebaikan dan tuntutan agama bukan sahaja membentuk individu berpegang teguh kepada ajaran agama sebaliknya mempengaruhi rasa setia dan cinta pada organisasi.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. William Gotulis berkata, dengan rasa cinta pasti terbentuk rasa setia kepada organisasi yang akhirnya menjurus kepada mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

William berkata demikan ketika merasmikan majlis Penutupan Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat HQE anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS), yang dihadiri kakitangan hospital serta ahli keluarga di Auditorum HQE, hari ini.

Tambahnya, penerapan nilai-nilai murni bukan sahaja tertumpu kepada aspek kerajinan, baik hati dan saling menghormati malah perlu ditambah nilai dengan kemahiran lain seperti semangat bermasyarakat dan peka kepada perubahan persekitaran.

“Justeru setiap warga hospital digalak terus melibatkan diri dan mempergiat penganjuran program ke arah penerapan nilai-nilai murni kerana ia mampu mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang akhirnya membantu proses penyampaian maklumat dengan tepat dan benar kepada pelanggan”, jelasnya.

“Pihak Hospital melalui Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS), cawangan HQE sentiasa disaran agar terus aktif menganjurkan program keilmuan dalam kalangan warganya disamping berusaha melibatkan ahli keluarga agar mesej kerohanian membentuk insan berakhlak murni akan lebih menyeluruh,” jelasnya.

Selain sesi ceramah kerohanian, seminar dua hari itu turut diserikan dengan Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran melibatkan Bahagian dan Jabatan serta pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Nabi bagi kategori kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda