Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PROJEK 8:20 Jayakan Pembangunan Sukan Perlis

By 7 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Empat Teras Utama Pelan Pembangunan Sukan Negeri Perlis 2022-2026 menjadi agenda terbaru kerajaan Perlis dalam pembangunan sukan di negeri itu.

“Kita kenali pelan ini sebagai PROJEK 8:20 dengan tumpuan utama untuk cuba membangunkan lapan jenis sukan dengan pencapaian dua puluh pingat emas dalam SUKMA 2026

“Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) mengharapkan, dengan empat sesi dialog berdasarkan kepada empat teras utama PROJEK 8:20 dapat merungkai dan bersama-sama dengan MSN dalam menjayakan pembangunan sukan di negeri Perlis yang akhirnya kejayaan sukan itu dikembalikan kepada masyarakat,” kata Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis Anuar Abidin.

Beliau bercakap demikian dalam Sesi Dialog Awam Pelan Pembangunan Sukan Negeri Perlis 2022-2026 bersama 60 agensi kerajaan, swasta dan persatuan di sebuah hotel, di sini semalam.

Katanya, empat teras utama itu adalah pembudayaan sukan dalam kalangan rakyat Perlis, memantapkan pembangunan sukan secara berfokus dan memperkasa aplikasi sains sukan, yang ketiga adalah penekanan kepada pendidikan dan kebajikan atlet dan pengukuhan kerjasama antara pemegang taruh dan pemasaran sukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda