Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

PEDi Batu Gajah Pupuk Rasa Tanggungjawab Keselamatan kepada Pelajar

By 15 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Taklimat Keselamatan dan Demontrasi Kebakaran 2023 yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah di sini semalam telah berjaya memupuk rasa tanggungjawab berkaitan aspek keselamatan kepada pelajar.

Seramai 50 orang pelajar terlibat dalam program kerjasama PEDi Batu Gajah, Pustaka Desa dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang menjemput Jabatan Bomba dan Penyelamat Kemahang bagi mengendali demontrasi mencegah kebakaran.

Pegawai Bomba Kanan II Nor Azli Md. Hassan, berkata program seperti ini penting dalam memupuk rasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan.

“Ini menambah ilmu pengetahuan pelajar dalam mengendalikan alat pemadam api semasa berlaku sebarang kecemasan akibat kebakaran,” katanya.

Pengurus PEDi Batu Gajah Nor Hanani Ahmad Zawawi, berkata program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara meyelamatkan diri bila berlaku kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api serta teknik memadam api yang betul mengikut prosedur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda