Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail
TUMPAT, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari dua Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Genting dan Sekolah Menengah Kebangsaan Genting yang terjejas banjir baru-baru ini menerima bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 di Dewan Majlis Daerah Tumpat, semalam.
Seorang penerima, Mohd Zawani Abd Talib, 40, dari Kampung Kok Bedolah, Kedondong melahirkan rasa kesyukuran dengan bantuan tersebut.
“Syukur, RM1,000 ini pasti dapat meringankan beban terutama ketika sedang membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadan yang semakin dekat,” katanya.
“Sebanyak sembilan buah rumah di tempat saya yang terjejas akibat banjir yang meanda di tempat saya baru-baru ini,” katanya.
Manakala Samirah Suhaimi, 35, dari Kampung Geting, berkata beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana dengan bantuan ini dia dapat membeli pakaian persekolahan anaknya.
-ZS-