
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Program ‘Gagau Ikan’ di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Perlis berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 100 orang peserta.
Menurut salah seorang urus setia program Mohd Fadhil Hussin program ini pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan kerana masih dalam musim cuti sekolah.
“Setiap lima tahun, pihak JPS Perlis akan menyelenggara tasik ini bagi keselesaan para pengunjung dan akan diganti dengan ikan-ikan yang baharu.
“Setiap seorang peserta cuma perlu membayar RM10 untuk menangkap ikan bersaiz besar seperti patin dan tilapia yang berada di dalam tasik ini dan ikan-ikan yang ditangkap boleh dibawa pulang,” ujarnya.
Seorang peserta Anuar Musa, 47, memaklumkan program ini ternyata memberi manfaat kepada beliau dan keluarga di waktu cuti sekolah.
“Saya bergerak dari Taiping pada pukul 5.00 pagi tadi bersama keluarga untuk menyertai aktiviti mengagau ikan dan ia memberi pengalaman baharu kepada anak- anak saya,” jelas beliau.
-ZS-






