Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sambutan Hari Polis ke-216 Tanah Merah Disambut Penuh Bermakna

By 20 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Polis ke-216 yang didadakan di Perkarangan Balai Polis Daerah Tanah Merah disambut ringkas tetapi penuh bermakna.

Penyampaian sijil perhargaan turut dibuat sebagai menghargai sumbangan ketua-ketua jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, saban tahun tanggal keramat 25 Mac disambut bagi mengangkat jasa dan pengorbanan wira-wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah gugur di medan bakti, demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

“Setiap inci tanah bertuah ini dipertahankan daripada ancaman musuh berlandaskan amanah dan nawaitu perjuangan yang sama,“ katanya ketika Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 216 pagi ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supertandent Mohd Haki Hasbullah.

“Kepada masyarakat, kami amat berterima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini. Jalinan akrab ahli masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM telah membantu pasukan dalam usaha mencegah jenayah,” katanya.

Sementara itu wakil masyarakat Siam, Enbok Ahnor, 62, dari Kampung Muring, Kemahang menyambut baik pengiktirafan polis kepada masyarakat Siam.

“Saya amat terharu dan berterimakasih kepada PDRM di atas penyampaian sijil perhargaan ini. Sekurang-kurangnya kerjasama antara polis dan masyarakat dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya sambil memegang erat sijil yang diterima.

Bagi Puan Murunee Awae, 36, dari Kampung Layang Pepuyu, yang mewakili NGO, berkata beliau seronok dan gembira apabila dijemput hadir untuk menerima sijil perhargaan dari PDRM.

“Hanya terima kasih tidak terhingga dan saya seronok bila dijemput hadir menerima sijil perhargaan.

“Harapan saya agar kerjasama warga PDRM dan masyarakat dapat dieratkan demi negara tercinta,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda