Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Santuni Warga Emas, Mangsa Banjir, Ringankan Beban Menghadapi Ramadan

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir (Segamat)

SEGAMAT, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang yang terdiri daripada mangsa banjir, warga emas dan keluarga kurang bernasib baik telah menerima bantuan berupa barangan dapur daripada beberapa individu yang tidak mahu dikenali.

Menurut wakil individu tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Helmi sumbangan itu menyasarkan masyarakat luar bandar yang terjejas akibat bencana banjir sekaligus menyantuni warga emas, uzur, sakit dan keluarga kurang berkemampuan.

“Kami memilih beberapa kampung iaitu Kampung Sermin, Kampung Gelang Chincin dan Kampung Sepinang bagi menyampaikan sumbangan ini.

“Sumbangan ini secara tidak langsung dapat membantu penerima bantuan bagi membuat persediaan menjalankan ibadah puasa pada Ramadan tahun ini,” ujar beliau selepas tamat penyampaian sumbangan yang dibuat secara kunjungan dari rumah ke rumah.

Penyampaian sumbangan ini diselaraskan oleh Pejabat Penerangan Daerah Segamat, Penghulu Mukim Sermin, Ketua Kampung Sermin Jamil Sulong, Ketua Kampung Gelang Chincin Mohd Shafizan Saruddin dan Ketua Kampung Sepinang Raslan Mohd Sah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda