Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Taman Rekreasi Gunung Lang

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Keindahan Taman Rekreasi Gunung Lang yang tersembunyi di sebalik gunung batu kapur pastinya menggamit minat para pencinta alam untuk datang ke sini.

Keunikan taman rekreasi berkonsepkan ekopelancongan yang mengekalkan keindahan flora dan fauna ini telah dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara.

Pengunjung boleh menyeberang ke taman ini dengan menaiki bot yang disediakan mengikut waktu operasi berikut; Isnin hingga Khamis (8 pagi hingga 6 petang), Jumaat (8 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 6 petang) manakala Sabtu, Ahad dan cuti umum (8.30 pagi hingga 6 petang).

-ZS-

Tinggalkan komen anda