Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Masjid dan Surau di Parlimen Kuala Krau Terima Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang

By 1 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AinilHayati Ibrahim/Mohamad Ishak

TEMERLOH, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 50 masjid dan 82 surau di Parlimen Kuala Krau menerima sumbangan sempena Ihya Ramadan daripada Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM182,000.

Sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap masjid dan RM1,000 setiap surau di Parlimen ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan program.

Mohd Salim Muda, 65, berkata selaku Ketua Peneroka Felda Jenderak Utara, beliau bersyukur dengan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada semua masjid dan surau di parlimen ini.

“Alhamdulillah, sumbangan ini akan memeriahkan lagi program-program Ihya Ramadan pada tahun ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda