Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

By 12 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 10 orang orang kurang upaya (OKU) dan kurang berkemampuan mendapat sumbangan daripada Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim dalam Majlis Pengurniaan Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tanah Merah, pagi tadi.

Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah berkenan menyampaian sumbangan tersebut.

Menurut Ketua Jajahan Tanah Merah Mohammad Yusoff Hassan, Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim berkenan mengurniakan Sumbangan kepada 10 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan kurang berkemampuan di daerah ini.

“Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu seorang penerima, Siti Zaleha Abdullah, 49, dari Kampung Batu Gajah gembira dan bersyukur menerima sumbangan tersebut.

“Saya     amat berterima kasih kepada baginda yang sudi mengurniakan sumbangan yang penuh bermakna ini,” katanya.

Seorang lagi penerima Mohd Saiful Uddin Rosli, 27, dari Jalan Banggol Tanah Merah mewakili ibunya Noor Roshida, 57, yang tidak dapat hadir disebabkan mengidap penyakit strok dan saraf.

“Tak sangka nama ibu saya tersenarai menerima sumbangan. Ini dapat meringankan beban dan kos sara hidup,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhamad, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda