Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)/Akmal Saleh
MERLIMAU, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 250 orang anak-anak asnaf dan kurang berkemampuan di daerah Jasin ceria mendapat pakaian hari raya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Akmal Saleh meraikan mereka di sebuah pusat tekstil terbesar, di sini semalam.
“Ada orang tanya saya kenapa bawa ke Jakel? Kalau bawa ke tempat lain akan lebih jimat.
“Jawapan saya senang sahaja, kalau saya nak belikan anak saya baju raya, saya akan bawa mereka ke Jakel. Kenapa bila nak belikan baju raya untuk anak-anak ini perlu bawa ke tempat lain? Mereka ini semua seperti anak-anak saya,” katanya
Menurutnya, senyuman anak-anak ini juga adalah aset yang paling penting bagi dirinya.
“Bagaimana anak kita senyum bila dapat baju raya, macam itulah juga anak-anak ini berhak mendapat senyuman dan kebahagian yang sama,” ujarnya.
-ZS-