Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PAAB Prihatin Ceriakan Anak-anak Rumah Kebajikan

By 13 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menceriakan anak-anak Rumah Kebajikan Asnaf An-Naafi, Taman Bukit Mulia dan Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara dengan menghulurkan sumbangan menerusi program PAAB Prihatin.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Zulkiflee Omar, berkata sumbangan berkenaan dapat membantu rumah kebajikan itu mengharungi bulan Ramadan serta meringankan beban persiapan menyambut Aidilfitri.

Katanya, rumah kebajikan berkenaan menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM20, 000 yang bakal memberi manfaat kepada 71 anak-anak kurang bernasib baik.

“PAAB Prihatin bukan sahaja untuk mengimarahkan ibadah di bulan Ramadan malah mewujudkan nilai kemasyarakatan dan sokongam menjelang musim perayaan.

“Semoga usaha kecil ini dapat mengembirakan dan mengukir senyuman kepada anak-anak agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya selepas menyerahkan sumbangan, di sini semalam.

Turut hadir pengasas Rumah Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi, Aishah Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda