Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Bantu Jana Pendapatan

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai anjuran SWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Sik/Baling dengan kerjasama Majlis Daerah Sik di Bazar Ramadan Sik, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan peniaga serta penduduk setempat.

Pengurus Cawangan SWCorp Sik/Baling Mohd Saipul Rizal Zainol, berkata jika sebelum ini minyak masak terpakai dibuang begitu sahaja, namun kini bahan berkenaan boleh dijadikan sumber pendapatan kepada pengguna sekali gus dapat membantu mengurangkan pencemaran alam.

“Menerusi kempen ini, kami berjaya mengumpul sebanyak 118.5 kilogram minyak masak terpakai.

“Minyak masak terpakai ini boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan lain seperti biodiesel, lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan,” katanya.

Menurut Mohd Saipul, maksimum penggunaan minyak masak secara berulang hanya tiga kali.

“Ini bertujuan mengelakkan masalah kesihatan badan seperti kanser dan penyakit jantung.

“Jangan dibuang minyak masak terpakai kerana ia boleh menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda