
Laporan/foto: Mohd Nor Syukri Norizan
SEREMBAN, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani semalam meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Seramai 15,000 orang pengunjung hadir dalam program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu.
Kerajaan Negeri Sembilan menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama rakyat dan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir turut mengumumkan penambahan peruntukan bagi pembangunan negeri itu berjumlah hampir RM1 bilion.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
-ZS-