
Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Shaharudin Suratman
SEREMBAN, 23 MEI (MalaysiaAktif) – Karnival Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan di Kolej Universiti KPJ Nilai bagi mendedahkan kepada pelajarnya tentang kesihatan dan budaya kerja yang selamat.
Prof Dr Izham Mohamad Zain dalam ucapan perasmiannya berkata, isu keselamatan di tempat kerja adalah isu yang sangat serius dan perlu didedahkan seawal mungkin kepada orang awam.
“Pelbagai program telah disusun pada hari ini khusus bagi mendedahkan kepada pelajar tentang kesedaran keselamatan pekerjaan untuk memastikan mereka tahu sedikit sebanyak mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko insiden atau kemalangan di tempat kerja kelak,” katanya.
Antara program yang disusun adalah pelbagai taklimat keselamatan dan isu semasa, pameran dari agensi kerajaan dan swasta, kempen derma darah dan sebagainya.
-ZS-