Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakyat Perlu Rebut Peluang Libat Secara Serius Dalam Ekopelancongan

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KUALA PERLIS, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat setempat di Wang Kelian dan Kaki Bukit di saran supaya terus berusaha keras bagi mengambil kesempatan untuk melibatkan diri secara serius dalam kegiatan ekonomi industri ekopelancongan supaya kelestarian alam flora dan fauna dapat terus terpelihara dan dikekalkan bagi generasi yang akan datang.

Titah tersebut dizahirkan oleh Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai ketika menyempurnakan Majlis Perasmian “WANG KELIAN, PERLIS – THE FORGOTTEN VALLEY” bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis hari ini.

“Masyarakat setempat juga boleh menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi sebagai contoh menjadi pemandu pelancong, menjalankan perniagaan makanan dan minuman berasaskan warong, mendirikan ‘homestay’ dan sebagainya,” katanya.

Turut berangkat hadir, DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda