Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

200 Pelajar SMAMT Sertai Kempen Cara Hidup Sihat

By 12 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/Pejabat Kesihatan Daerah Marang

MARANG, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 200 pelajar baharu di Sekolah Menengah Agama Marang (SMAMT) terlibat dalam aktiviti mempromosi Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS) oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang, di sini pada Sabtu.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Nor Haniza Kamaruddin, berkata pada kali ini Unit Promosi Kesihatan bekerjasama dengan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (HIV/AIDS) serta Pegawai Psikologi Daerah Marang bagi memantapkan dan melancarkan lagi perjalanan promosi kempen.

“Suasana semakin ceria apabila tiba ke acara ceramah mengenai ‘Pengurusan Mental’ oleh Pegawai Psikologi Pejabat Kesihatan Daerah Marang Puan Rohimah Abdullah dan diakhiri dengan ceramah berkenaan ‘HIV dan Remaja’ yang disampaikan oleh Dr. Faradilla Md Tahir,” katanya.

Menurutnya, program ini memberi sedikit penerangan dan kesedaran kepada semua pelajar yang baharu mendaftar masuk ke asrama dan bersempena minggu re-orientasi.

“Pelajar yang baru masuk ke alam asrama kita berikan ceramah kesedaran bahayanya penyakit HIV kepada remaja agar mereka tahu cara menguruskan diri dan kehidupan seharian semasa di asrama dan tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan yang tidak elok.

“Harapan kami agar KCHS sebegini dapat terus diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran umum untuk terus mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda