Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Festival Perahu Naga Mampu Tarik Pelancong ke Tawau

By 12 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Penganjuran Festival Perahu Naga dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Daerah Tawau.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, festival tersebut merupakan produk terbaik dalam kalendar pelancongan sekaligus dapat mempromosikan budaya tradisi masyarakat Cina.

“Perlumbaan ini menjadi lambang budaya turun-temurun kaum Tiong Hua di samping dapat menonjolkan identiti budaya dan perpaduan semua kaum di negara ini.

“Pertandingan ini turut disertai kaum lain yang dibentuk untuk misi kemenangan.

“Selain itu, menjadi salah satu platform bagi memupuk perpaduan, menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan semangat kerjasama dalam satu pasukan,” katanya ketika ditemui di pertandingan Perahu Naga di Pesisiran Traulsen Tawau di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited menyokong program kebudayaan serta berharap dapat diteruskan bagi memelihara khazanah selain memperkasa industri pelancongan berasaskan komuniti.

Festival Perahu Naga kali ke-36 dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau disertai 19 kumpulan melibatkan tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, kumpulan Cina (Asli) dan kategori campuran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda