Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Bunga durian adalah makanan yang unik dan disukai oleh penduduk di Sarawak.
Kebiasaannya, musim bunga durian hanya boleh didapati satu atau dua kali dalam setahun.
“Saya suka sangat dengan keenakan masakan bunga durian selepas kali pertama mencubanya pada tahun lepas.
“Pada pendapat saya, kelopak bunga durian digoreng dengan tepung lebih enak dan rangup,” kata Bong Xin Hui, 18, semasa melawat ke kebun datuknya yang terletak di Jalan Tondong, Jalan Batu Kawa-Bau, iaitu 38 kilometer dari pusat bandar.
Manakala, Andrew Phang, 18, pula berkata dia teruja dengan pengalaman kali pertama mengutip bunga durian bersama keluarga dan kawan-kawanya pada hujung minggu.
“Mengutip bunga durian pengalaman baharu bagi saya kerana ini merupakan kali pertama dan saya berasa sangat teruja dengan aktiviti ini,” ujarnya.
-ZS-