Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tahap Penguasaan Bahasa Melayu di SJK Cina dan Tamil Meningkat – Fadhlina

By 21 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata tahap penguasaan Bahasa Melayu meningkat dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

“Ini dapat dilihat bukan sahaja program-program dan aktiviti tapi juga dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini yang telah menunjukkan prestasi cukup cemerlang dalam penguasaan Bahasa Melayu.

“Peningkatan yang cukup ketara dan kita harap prestasi ini dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” kata Fadhlina ketika ditemui setelah merasmikan Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJK Cina/Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, semalam.

Menurut Fadhlina, penganjuran program pemerkasaan itu memberikan impak selaraskan dengan matlamat dan komitmen Kementerian Pendidikan dalam pemerkasaan Bahasa Melayu.

Katanya, program seumpama itu akan diadakan setiap empat bulan untuk memastikan proses pembugaran Bahasa Melayu seiring dengan perkembangan anak murid. Manakala, hasilnya akan dinilai melalui perkembangan dan pengukuhan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak.

“Jaga-jaga cikgu, saya boleh buat kejutan ke sekolah cikgu,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menyarankan guru-guru memperkasa Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak murid melalui elemen seni, budaya dan sastera.

Program anjuran Majlis Bahasa Cina Malaysia itu menghimpunkan seramai 200 guru dari 57 sekolah di Kuala Lumpur dan 40 sekolah di Selangor (PPD Petaling Utama dan PPD Petaling Perdana).

-ZS-

Tinggalkan komen anda