Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

i-Pulih: Sinar Baharu Individu Tercicir Akibat Dadah

By 21 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Melalui penggunaan Model i-Pulih, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi berjaya memberi sinaran baharu dalam hidup individu tercicir akibat dadah.

Model i-Pulih merupakan satu platform inisiatif yang menyediakan program rawatan dan pemulihan merangkumi aspek biologi, psikologi, spiritual dan sosial yang sesuai dengan keperluan pemulihan seseorang.

Menurut Penolong Pegawai Antidadah Raja Shahrul Hatta Raja Ahmad, ianya terbukti apabila bekas klien di situ dilihat telah memperolehi pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran yang terpendam dalam diri mereka.

“Klien-klien ini sebenarnya berbakat yang mereka sendiri tidak sedar mengenainya. Melalui pendekatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti berkonsepkan Program Biopsikososial spiritual yang merangkumi sembilan komponen ini, kami dapat mencungkil bakat dan kemahiran yang terpendam dalam diri klien-klien.

“Jadi, ini memudahkan mereka dapat pekerjaan yang lebih baik berdasarkan kemahiran apabila melangkah kembali dalam komuniti setelah pulih,” katanya.

Menurut Raja Shahrul, sebagai warganegara yang prihatin, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan PUSPEN mengharapkan masyarakat lebih rasional dalam membentuk perkembangan pemulihanan klien ke arah yang lebih positif.

“Kita pun ada anak sendiri, kita tak nak ianya berlaku kepada anak-anak bangsa yang sekarang ini. Dunia mereka sangat mencabar dan mudah dimanipulasi. Peranan komuniti di luar sana sangat diperlukan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda