Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JPJ Laksana Operasi Khas Hari Raya Aidiladha Bermula 27 Jun

By 26 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) selama empat hari bermula 27 hingga 28 Jun dan 1 hingga 2 Julai ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, berkata operasi khas itu bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

“Penguatkuasaan memfokuskan sembilan kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.

“Kesalahan lain adalah memandu kenderaan berat di lorong laju, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, lebih muatan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Khas Sempena Aidiladha 2023 di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.

Menurut Hasbi, kempen tersebut memfokuskan kepentingan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.

“Satistik menunjukkan sebanyak 1,252 kes kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah dicatatkan dari tahun 2012 sehingga 2021.

“Sasaran kempen kali ini memfokuskan kepada kerusi keselamatan kanak-kanak dan juga pemakaian tali pinggang keledar,” jelas beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda