
Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Ketibaan musim durian saban tahun di daerah ini menyaksikan kemeriahan pelbagai variasi durian ditawarkan kepada penggemar raja buah ini.
Salah satu jenis yang menjadi kebanggaan penduduk setempat dan tidak asing lagi ialah durian āTok Che Mbokā yang diilhamkan daripada nama pemilik asalnya.
Durian āTok Che Mbokā merupakan baka lama yang ditanam turun temurun sejak beberapa generasi lalu mempunyai rasa yang unik, warna dan saiz buahnya yang istimewa.
Peraih Mohamad Siraj Jamaludin, 37, berkata walaupun tidak sehebat āMusang Kingā dan āDuri Hitamā, durian jenis ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang datang ketika musim buah.
āRamai pelanggan yang pernah makan durian ini biasanya akan datang semula untuk kali kedua,” tambahnya.
Menurut pekerja dusun Abdul Rashid Zakaria, 47, kerana sambutan yang sangat menggalakkan terhadap durian āTok Che Mbokā, peraih akan menempahnya lebih awal berbanding durian jenis lain.
“Sebelum ini ramai yang tidak tahu tentang durian ini tetapi kini ia mula menjadi kegemaran,” ujarnya.
-ZS-