Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Peluang Pelajari Anyaman Bakul Asas Sempena Minggu Perpustakaan

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned (Sabah)

Penampang, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sempena minggu perpustakaan yang sedang berlangsung dari 24 Jun hingga 7 Julai 2023 membuka peluang kepada penduduk Daerah Penampang untuk mempelajari asas anyaman bakul di Perpustakaan Cawangan Penampang hari ini.

Menurut Pembantu Pustakawan dan juga tenaga pengajar untuk bengkel ini, Emily Mertin, 40, bengkel ini penting untuk memberi pendedahan kepada orang awam teknik anyaman bakul asas.

“Banyak program yang diadakan sempena minggu perpustakaan dan salah satunya teknik anyaman bakul asas di mana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman dan mempelajari cara untuk menganyam bakul tersebut.

“Bengkel ini terbuka kepada semua orang yang berminat untuk mempelajari anyaman ini dan tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mereka,” katanya ketika ditemui Sempena Minggu Perpustakaan, di Perpustakaan Cawangan Penampang, hari ini.

Tambahnya, dari segi sambutan bengkel anyaman ini amat menggalakkan dan menyusul akan lebih ramai lagi penyertaan daripada masyarakat sekitar.

Harapan beliau agar lebih ramai yang berminat untuk mempelajari teknik anyaman bakul asas kerana ini salah satu teknik kraf tangan yang sangat berguna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda