Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

EErace Beri Maklumat Alam Sekitar Berasas Pembelajaran

By 30 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned/Aziz Karim (Sabah)

SANDAKAN, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Perlumbaan Pendidikan Alam Sekitar (EERace) yang berlangsung dari 24 hingga 29 Julai 2023 di Rainforest Discovery Centre Sandakan melabuh tirainya dalam acara penutup hari ini.

EERace adalah kursus berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman untuk mendapatkan maklumat mengenai alam sekitar.

Menurut Timbalan Ketua Konservator Hutan, Dr.Robert Ong, seramai 42 orang belia yang terdiri daripada guru-guru dan wakil-wakil pelbagai agensi kerajaan telah menyertai program ini.

“Usaha sama yang baik untuk alam sekitar ini perlu diteruskan agar dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih baik dan terpelihara.

“Saya menyeru agar semua peserta belia dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan serta pengalaman daripada EERace ini kepada orang awam dan agensi masing-masing,” jelas beliau ketika ditemui pada Majlis Penutupan EErace, di sini semalam.

Program diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan dan penyampaian hadiah kepada para peserta EERace.

-ZS-

Tinggalkan komen anda