Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sambutan Semarak Kemerdekaan SK Batu Berendam Meriah

By 5 Ogos 2023Ogos 8th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Feroz Othaman/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

MELAKA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 100 Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Berendam menyambut Program Semarak Kemerdekaan dengan meriah, di sini kelmarin.

Program kerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah disambut penuh semangat patriotik dan cintakan negara oleh murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut.

Menurut Guru Besar SK Batu Berendam Maharia Baharudin, program seperti ini perlu diperluaskan ke semua sekolah-sekolah rendah bagi meningkatkan pengetahuan tentang peristiwa sejarah tempatan dan membangkitkan semangat patriotsime dalam kalangan pelajar.

“Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan negara, memupuk semangat cintakan negara dan membentuk perpaduan harus bermula dari sekolah di mana usaha dapat dilakukan untuk membudayakan nilai-nilai keharmonian antara kaum walaupun terdapat perbezaan dari segi bangsa budaya dan agama,” katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Noor Adha Hashim dan Guru Besar SJK (C) Wen Hua Ong Siok Mei.

-ZS-

Tinggalkan komen anda