Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Aktiviti Kenegaraan Pupuk Semangat Patriotik dalam Kalangan Belia

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Ogos – Penyertaan dalam aktiviti berunsurkan kenegaraan mampu memupuk semangat patriotik dan kemerdekaan dalam kalangan belia.

Menurut pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Jackson Anak Jaya, 18, belia harus menyertai semua program kenegaraan terutama sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Para belia boleh meningkatkan semangat patriotik dalam diri dengan menyertai semua aktiviti kenegaraan di semua peringkat seperti di sekolah, kampung dan institut pendidikan tinggi.

“Bahkan kita boleh mulakan dengan perkara yang kecil seperti menyanyikan lagu Negaraku,” katanya semasa ditemui pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang di KML, di sini semalam.

Seorang lagi pelajar Connie Chen Wanting, 18, turut berkongsi pandangan yang sama.

“Golongan belia seperti saya perlu menyertai program kenegaraan agar sentiasa ada semangat cintakan negara dalam diri.

“Saya juga akan mengajak rakan-rakan yang lain menyertainya,” katanya.

Sementara itu, Muhalimah Rabiah, 18, pula berpandangan didikan awal di rumah amat penting untuk membentuk belia yang mempunyai sifat patriotik.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menerapkan semangat cintakan negara kepada anak-anak selain peranan guru-guru di sekolah yang boleh membuka minda para pelajar untuk menghayati makna kemerdekaan,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda