Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Langkah Madani Zahir Cinta pada Negara

By 24 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira 350 peserta terdiri daripada penjawat awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Langkah Madani yang diadakan Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Terengganu Sait Yaman, berkata Program Langkah Madani berkonsepkan berjalan santai sambil membawa Jalur Gemilang membabitkan laluan sejauh 5.1 kilometer bermula dari pekarangan Wisma Persekutuan melalui Jalan Sultan Mahmud, Pantai Batu Buruk, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Sultan Ismail dan berakhir di Wisma Persekutuan.

“Program ini bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotik masyarakat melalui kempen Kibar Jalur Gemilang dan cintakan negara dalam kalangan rakyat,” katanya.

Bagi kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah Fadaratul Salwa Adenan, 38, acara santai sebegini memberikan pengalaman yang menyeronokkan, dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan selain dapat meluahkan semangat patriotik melalui saluran yang sesuai dan sihat.

Ketua Polis Negeri Terengganu DCP Datuk Mazli Mazlan turut hadir menyertai Langkah Madani dan merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda