Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Eko-Pelancongan Sungai Linggi Tarikan Baharu Melaka

By 6 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Kampung Paya Lebar di Sungai Linggi bakal menjadi menjadi mercu tanda baharu pelancongan di sebelah utara negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka sempena kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), ini merupakan salah satu fokus utama kerajaan negeri dalam menjadikan Kampung Paya Lebar sebagai pusat eko-pelancongan yang mampu menarik minat pelancong sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat.

“Setakat ini terdapat enam jeti telah dinaik taraf dan saya melihat kemudahan awam yang disediakan di sini cukup membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Eko-Pelancongan Sungai Linggi bersama seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, di sini semalam.

Turut hadir dalam lawatan kerja tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Saifuddin Abdul Karim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda