Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Desir Angin dari Kota Mesir’ Karya SMK Putra Takluk Hati Juri

By 6 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Persembahan sketsa ‘Desir Angin dari Kota Mesir’ oleh kumpulan Legasi Wira Putra dari Sekolah Menengah  Kebangsaan (SMK) Putra telah menawan hati juri dan dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Perlis 2023 di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, di sini semalam.

Legasi Wira Putra dianggotai Sanea Darweesya Anaqi Ali Helmi, Amirul Iman Fahmi Faiz, Alif Aiman Jamal Afendy, Che Salida Suhaila Che Roslan dan Ku Muslihah Annazeerah Ku Mahazir berjaya merangkul hadiah utama berjumlah RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara merupakan satu pengisian aktiviti di bawah Kelab Malaysiaku dengan matlamat mewujudkan semangat cintakan negara, bersatu padu dan mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Azrul Hasan, pertandingan ini merupakan aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakon dan persembahan dengan mengaplikasikan prinsip Rukun Negara.

“Pertandingan Sketsa Rukun Negara adalah anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan bagi memberi kefahaman dan penghayatan mengenai Rukun Negara selain menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan peringkat umur,” katanya.

Kumpulan Syed Sira Owesome dari SMK Syed Sirajuddin di tempat kedua manakala tempat ketiga pula disandang oleh Anak Permata Tok Paq dari SMK Dato’ Jaafar Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda