Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Semarak Gemilang Peringkat Daerah Jasin Meriah

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Nur Fariza Farnoh (Jasin)

MELAKA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Program Semarak Gemilang Peringkat Daerah Jasin meriah dengan kehadiran warga Jasin bertempat di Jeti Kuala Merlimau, semalam.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pertandingan memasak masakan Asam Pedas, Pertandingan Soccer Kids, Fish Scooping dan yang paling dinantikan adalah acara perarakan konvoi Bot Berhias Merdeka Sempena 66 Tahun Merdeka menyusuri dari Jeti Kuala Serkam ke Kuala Merlimau. Pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi, gerai jualan AgroMadani dan gerai jualan daripada peniaga setempat juga turut diaadakan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Muhamad Akmal Saleh, objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang di seluruh negara dengan semangat Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Lokasi jeti nelayan menjadi pilihan untuk penganjuran program berdasarkan kepada aspek keistimewaan, daya tarikan, laluan trafik utama, kebudayaan dan komitmen masyarakat setempat.

“Suka untuk saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka khususnya Pejabat Penerangan Daerah Jasin atas kejayaan dalam penganjuran pelaksanaan program ini,” ujarnya.

Turut hadir sama dalam perasmian program ini ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah, Pegawai Daerah Jasin Rahizi Ranom, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Jasin, Rosemanizam Mohd Nalif, Ketua Polis Daerah Jasin Ahmad Jamil Radzi, serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda