Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rukun Negara Teras Keharmonian Negara

By 15 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Rukun Negara adalah teras kepada keharmonian dan keamanan negara dalam konsep masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Sapawi Osman, Malaysia dihuni oleh lebih 100 etnik dan memerlukan satu teras rujukan bagi menjamin keadilan untuk semua dan mengelakkan perbalahan.

“Rukun Negara adalah teras perpaduan di negara ini dan perlu dihayati serta diamalkan oleh setiap warganegara.

“Sebaiknya Rukun Negara diajar dan dihayati di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan generasi yang bersatu padu dan mempunyai semangat perpaduan yang tinggi,” ujarnya ketika merasmikan Program Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Kuak Luar, di sini pada Rabu.

Sementara itu, guru besar Siti Nur Faiezah Abd Majid, berkata pihak sekolah telah menyahut seruan kerajaan dalam program sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti sejak sebulan yang lepas dan hari ini merupakan hari terakhir sambutan di peringkat sekolah.

Turut berlangsung penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan seperti reka cipta, basikal berhias dan pakaian berhias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda