Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KEMAS Jenama Semula Pusat Sumber, Tawar Konsep Lebih Santai

By 15 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjenamakan semula fasiliti miliknya iaitu Pusat Sumber KEMAS di seluruh negara dan kini dikenali sebagai Pusat e-Read KEMAS.

Pengarah KEMAS Perak Taufik Mohd Yusop, berkata konsep pusat sumber baru itu adalah lebih santai kerana ia bukan sahaja menawarkan bahan bacaan tetapi juga dilengkapi komputer dengan akses internet dan kafe.

“Pusat e-Read ini turut memberi peluang kepada pengusaha kecil untuk memasar dan memperkenalkan produk tempatan kepada pengunjung yang datang.

“Ini selaras dengan usaha KEMAS untuk membantu membangunkan ekonomi masyarakat melalui program Quick Win, Program WINS dan Program Asnaf Berdikari,” ujarnya ketika berucap sempena Program Kembara Merdeka Desa Madani dan Pelancaran e-Read Kemas Bagan Datuk, di sini kelmarin.

Perasmian program ini disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Khairuddin Tarmizi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda