Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kelab Malaysiaku beri Pendedahan Sistem Demokrasi kepada Pelajar

By 21 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrang Mat Zangi (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Pendedahan awal mengenai sistem demokrasi dan pilihan raya di Malaysia kepada pelajar Kelab Malaysiaku telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong, di sini kelmarin.

Program Demokrasi Kita @ Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan itu melibatkan sekolah menengah terpilih dan membuka peluang kepada para pelajar untuk mengenali serta memahami sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka.

“Pendedahan yang diberikan melalui ceramah memberi lebih pemahaman kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan banyak membantu pelajar memahami cara kerajaan membantu rakyat,” kata pelajar tingkatan enam, Ummie Adibah Ahadam, 18.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu Abidin A. Ghani yang dihadiri lebih 200 orang pelajar sekolah tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda