Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Festival Kota Selatan Papar Keunikan Budaya Tiga Negeri

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Lapoaran/foto: Mohd Faizal Mansor

PONTIAN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang merupakan jabatan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan Festival Kota Selatan bermula 21 hingga 24 September lalu di Dataran Majlis Perbandaran Pontian.

Menurut Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Datuk Shaharuddin Abu Sohot, festival yang dianjurkan ini dapat memperlihatkan keunikan budaya tiga buah negeri di selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan negeri Johor.

“Keunikan budaya ketiga-tiga buah negeri tersebut dari segi seni budaya dan makanan tradisi dapat dikongsikan dengan para penduduk di negeri-negeri selatan negara kita dan pada masa yang sama dapat memupuk kesepaduan masyarakat melalui pelbagai budaya,” katanya kelmarin.

Perasmian festival tersebut yang julung kalinya diadakan di Pontian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian Zainal Eran yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.

Antara pengisian festival adalah persembahan pentas, lagu rakyat, muzik, permainan tradisional, teater, pameran dan gerai jualan produk serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir Ketua Pengarah JKKN Mohd Amran Mohd Haris dan Pengarah JKKN Negeri Johor Rahmat Md Noh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda