Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

20 Ribu Warga Labuan Jayakan HSN

By 14 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Tidak kurang 20 ribu warga Wilayah Persekutuan Labuan menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 dengan menyertai pelbagai aktiviti sukan serta rekreasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Mohd Ismail, pelbagai aktiviti boleh disertai oleh warga Labuan sempena HSN 2023.

“Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyertai aktiviti-aktiviti seperti Family Fun Walk 3km, Fun Run 5km, Fun Ride Mtb 30km, Fun Ride Rb 30km, Fun Ride Folding Bike 5km, Kids Fun Ride, Kids Aerobik, Kayuhan Kayak Santai 7km, Senaman Perdana, Family Glamping Camp dan lain-lain.

“Terima kasih kepada seluruh warga Labuan yang begitu ‘supporting’ kerana sama-sama menyertai dan memeriahkan Hari Sukan Negara pada pagi ini,” katanya semasa merasmikan Sambutan HSN 2023 Peringkat Labuan, di sini pagi tadi.

Jelasnya, selain menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan, HSN juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

“Seterusnya meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan selain menyemarakkan semangat perpaduan serta menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PL, Fadzilah Mahmud.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohammad Syahffie Japril.

-ZS-

Tinggalkan komen anda