Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tiada Kenaikan Harga Makanan Menu Ayam

By 1 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Tinjauan krew Malaysia Aktif pagi tadi mendapati tiada kenaikan harga terhadap menu ayam di beberapa buah restoran di sini.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan tiada lagi kawalan harga mahupun subsidi ayam bermula hari ini.

Anak kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Malabari, Noor Azmar Noor, 32, berkata sehingga kini beliau masih tidak dapat kepastian kesan harga apungan ayam bagi pemilik-pemilik restoran dan kedai makanan.

“Ini kerana, di pihak kami mendapat bekalan daripada kilang dan kami juga tidak boleh membuat belian yang sangat banyak kerana menjaga kualiti ayam.

“Diharapkan tiada kesan buruk perubahan harga kepada pengusaha-pengusaha makanan seperti kami,” katanya.

Beliau mengharapkan agensi berkaitan sentiasa memantau harga juga bekalan ayam agar sentiasa stabil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda