Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tiada Belian Panik Ayam di Negeri Perlis

By 1 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini tiada lagi kawalan harga dan subsidi ayam seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Melalui tinjauan krew Malaysia Aktif, pemeriksaan harga ayam di peringkat peruncit dan penguatkuasaan oleh penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Perlis pada pagi ini menunjukkan tiada sebarang pembelian panik oleh pengguna di negeri ini.

Untuk makluman, sebelum ini kerajaan telah menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard terdahulu adalah RM9.40 sekilogram (kg) dan harga runcit maksimum ayam super adalah RM10.10 sekilogram.

Pesara, Razi Tahir, 66, berkata harga ayam yang dibeli di Pasar Besar Sena pada hari ini adalah seperti biasa dan tiada sebarang kenaikan melampau atau kekurangan bekalan.

“Saya membeli barangan mentah ayam ini secara berkala.

“Pagi ini saya tengok tiada kenaikan harga yang melampau dan saya lihat bekalan ayam mudah didapati seperti biasa,” katanya.

Pihak KPDN Negeri Perlis menggalakkan orang ramai supaya membuat pilihan harga yang terbaik dengan memuat turun aplikasi Price Catcher untuk sebarang perbandingan pembelian barangan kering dan basah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda