Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MDK Bangunkan Dasar Kebun Komuniti Bandar

By 22 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)/Norhafisah Mohamad (MDK)

PARIT BUNTAR, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 40 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kerian (MDK) menyertai Program Dasar Kebun Komuniti Bandar di kawasan kebun pejabat MDK, di sini pada Isnin.

Menurut setiausaha MDK Norhafisah Mohamad, program anjuran MDK dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah ini dibangunkan untuk membudayakan aktiviti perkebunan secara sistematik, organik dan mampan di kawasan bandar.

“Program ini juga diadakan bagi meningkatkan pengetahuan terhadap aktiviti perkebunan yang baik selain dapat menjana sumber pendapatan alternatif.

“Saya berharap dengan adanya program ini kita dapat menikmati sumber makanan yang segar, bebas kimia dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” ujarnya.

Beberapa pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah turut hadir memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada peserta adalah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda