Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

GiatMARA Arau Didik Pelajar Memberi Khidmat kepada Masyarakat

By 22 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis adalah salah satu platform oleh GiatMARA Arau mendedahkan para pelajarnya untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Pengerusi Badan Perwakilan Pelatih GiatMARA Arau Mohd Nizam Othman, berkata GiatMARA sentiasa berkolaborasi bersama agensi yang berkaitan.

“Dengan kolaborasi seperti ini, pelajar di GiatMARA Arau didedahkan perkhidmatan kepada masyarakat secara terus dan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari.

“Bagi membantu lebih ramai orang terutamanya golongan B40 mendapat manfaat daripada penganjuran Hari Bertemu Pelanggan MARA, GiatMARA Arau menyediakan perkhidmatan menyelenggara motosikal dan menukar minyak enjin motosikal secara percuma kepada pengunjung,” katanya.

Hari Bertemu Pelanggan MARA Negeri Perlis diadakan bermula hari ini sehingga esok dengan pelbagai pengisian seperti Taklimat dan Latihan Kebakaran, Taklimat Kemudahan MARA, Mara Biz Channel dan ‘Peace of Mind’ dan pameran daripada U.n.i DENTAL, Majlis Perbandaran Kangar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-ZS-

Tinggalkan komen anda